Thespian's Blog

Thursday, October 29, 2009

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda
    penghormatan (ikut jantina )
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan
      keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


        Banyak tak korang ikut??Sure banyak punya korang.hahaha..aku sendiri rasanya tak ada kot.Lagi-lagi bila kat Universiti nih.Ak pun Tak tahu trend apa kejadah kat Universiti nih.Nilai-nilai menghormati antara student and lecturer tak nampak langsung.Instutusi lain awam ke swasta ke sama saja.

        Adakah faktor umur yang menyebabkan  adab-adab ini hilang.Ak pun tak tahu sebab aku ikut saja trend.HAHAHA..Tapi bila pikir balik mana perginya  adab belajar dekat.Habis terus blah pun lecturer tak kisah.Cakap-cakap dalam kuliah boleh tahan lagi.Nih siap advance lagi.cucuk earphone lam telinga lagi.

        Tak tahu la aku lecturer-lecturer itu robor ke patung.Macam tak ada perasaan saja.Nak kata dorang tak kisah janji duit masuk tak baik pulak.Pendek cerita macam tak kisah saja student buat apa.Rasanya kalo student gayut telefon ke,main tenet ke,terguling ke depan dia mahu tak kisahnya.

        Maybe lecturer dah pikir student dia dah besar kot.Itu la pasal kot.Tapi kalo Aku jadi lecturer buat la.Aku tetap kisah punya.Yela orang mahu ajar,student buat tahi pulak.hahaha..Sudah la.masing-masing pikir la.Yang penting adab mahu ada..


Final sudah hampir..
Aduh!!habis la otak aku kena berkerja keras..

Cakap pasal study nih macam-macam gaya ada.
ada yang suka menghafal..
ada yang suka paham..
ada gak yang selak saja (genius punya orang la nih) 

Bagi aku,aku prefer lagi paham apa yang aku baca.kalo hafal nih payah.nanti kalo keluar soalan pusing-susing sikit mau ter cabut otak memikirnye..

Tapi yang penting adab belajar mesti mahu jaga.Apa adabnye??

Antara adab dalam belajar ialah sabar dan tidak terburu-buru.

Tidak semua ilmu boleh kita perolehi dengan mudah dan dalam jangkamasa yang
singkat. Sesuatu yang kita dapat secara mudah dan tergesa-gesa akan
menghilangkan "jiwa" sesuatu ilmu itu sendiri.

Penghayatan tidak mungkin berlaku dan kita akan ambil mudah tentang sesuatu yang
dianggap sangat bernilai oleh guru. Kadang-kadang untuk memahami sesuatu perkara
secara menyeluruh memakan masa sehingga puluhan tahun, sedangkan jika
diungkapkan dalam perkataan hanya sekitar 100 patah perkataan sahaja.

Persoalannya, kenapa guru begitu komited dan "menjadi" ilmunya? Sedangkan pada
kita hanya satu perkara yang biasa-biasa sahaja. Itulah hakikat kemanisan ilmu
yang dituntut dengan jiwa raga bukannya dengan dengan kemanisan kata-kata.


Apa-apa pun good luck to all yang akan mengadapi pe2 exam..
mari kita sama-sama mengejar kejayaan...

 

Wednesday, October 28, 2009

Chapter 13...(ending)

             Rif cekalkan hatinya teruskan hidupnya.Walaupun dia sudah kehilangan kekasih hatinya yang paling-paling dia sayang tapi hidup dia mesti diteruskan walaupun dalam keadaan sedih.Mungkinkah ini dugaan tuhan??Mungkinkah jodoh rif tidak berkekalan??Segala persoalan masih belenggu di kepala rif.

            Selepas sebulan lebih mereka putus rif mengetahui yang ida still single dan memang rif percaya yang Ida tinggalkan rif bukan kerana naim tapi kerana Ida ingin kebebasan.Dan rif juga tahu kini naim sudah berani meluahkan perasaannya pada Ida tapi ditolak pleh Ida.Walau pe pun yang berlaku,rif tidak boleh buat apa.Rif kini cuba menerima kesan ini dengan cekal.

             Beginilah kisahnya.penatnya aku nak bercerita tapi lega juga sebab dapat juga aku habiskan cerita ini.So,apa macam??Bagi aku,aku kesian dengan life Rif itu.macam-macam dugaan yang berlaku pada dirinya.Adakah salah dia atau memang nasib dirinya itu.Itu pendapat aku la..Korang kalau ada apa-apa pendapat,pandangan,kritikan atau apa-apa la.jangan segan-segan.COMMENT saja.

            Apa yang boleh ku simpulkan dari kisah ini.Hidup ini mempunyai pelbagai cerita.Tidak semestinya ceria dan bahagia sahaja kekadang kita akan sedih,kecewa,dan pelbagai lagi.Apa-apa pun kita mesti ingat.Tuhan memberi kita nyawa.Selagi kita diberi peluang untuk hidup,kita harus teruskan hidup kita walau apa pun yang menimpa.hahaha.macam ustaz plak aku.

            Ok la.Sebelum aku ending story nih.maaf dimohon dan terima kasih ku ucapkan pada yang sudi membaca melawat bolg aku.Blog aku bukan berakhir di sini.Nih baru intro je.hahaha..Slamat semua.

Chapter 12...

            Kini semuanya sudah berakhir.Hidup rif kembali sunyi.Dia sudah kehilangan buah hatinya yang dia terlalu sayang.Dia tidak menyalahkan Ida kerana ingin hidup single.Itu hak masing-masing.Rif tidak mempunyai hak untuk menghalang.

            Rif tidak tahu apa yang sudah berlaku.Yang dahulunya rif bahagia dengan Ida kini sebaliknya.Adakah ini takdir dari tuhan??Rif sendiri tidak tahu.Rif akur dengan keputusan Ida.Walaupun Ida meminta sehingga begitu rif tetap melakukan kerana ingin buah hatinya itu bahagia dan gembira dengan hidupnya.

            Kini  impian  rif untuk bersama dengan Ida hancur.Hidup rif menjadi tidak tentu arah dan musnah.rif seperti tidak bernyawa dan tidak ceria seperti dulu.Dia begitu sedih sekali.Wanita idamannya sudah hilang.

            Tapi dalam  kesedihan itu rif tetap bangga kerana dapat menjaga Ida yang dia terlalu sayang dan sehingga penghujung percintaannya rif masih dapat membuat keputusan yang dapat memberi kebahagiaan pada Ida.

            Akhirnya  Rif  dan Ida jalani hidup pada haluan masing-masing.Pada rif berdoa agar Ida bahagia denga hidupnya.Apa yang rif mahu agar Ida sentiasa happy dan sihat selalu.Walaupun rif tidak dapat hidup bersama dengan Ida tapi rif akan berpuas hati apabila Ida kekasih hatinya bahagia dalam hidupnya.

Chapter 11...

             Rif selalu memohon kepada tuhan agar Ida tahu sebenarnya niat rif berbuat begitu kerana tidak mahu kehilangan Ida.Hati manusia boleh berubah bila-bila sahaja.Rif jauh dan naim dekat dengan Ida.Naim boleh buat pelbagai cara dan mungkin Ida akan selesa dengannya.Rif bukan tidak mempercayai Ida tapi ingin mencegah perkara itu sebelum terlambat.

            Kini mereka sudah break off.Ida menyatakan dia kini sudah merasa bosan hendak hidup berpasangan sebabnya dia sudah lama berpasangan dan tidak puas hidup single@bebas seperti seekor burung.Rif cuba kuatkan Ida.Rif tidak sanggup kehilangan Ida.

            Naim semakin menjadi-jadi.Rif cuba menyedarkan lagi pada Ida tapi tidak berhasil.mereka semakin rapat.Rif tidak kisah jika naim hanya ingin berkawan sahaja tapi naim mempunyai hati pada Ida.Rif semakin bercelaru apabila mengetahui mereka semakin rapat dan sememangnya hati rif semakin sakit.

            Tepat 9 bulan.Akhirnya mereka PUTUS.Ida sudah tidak tahn dengan rif yang hanya menyatakan tentang naim seolah-olah rif mengongkong Ida.Perasaan rif sedih.Rif hanya ingin menjaga dan melindungi buah hatinya itu sahaja.Tiada niat rif mahu mengongkong.Selain dari itu juga antara faktor Ida meminta putus kerana Ida sudah bosan berpasangan dan dia ingin bebas single..

Chapter 10...

             Pada awalnya mereka sangat menjaga hubungan mereka.Saling menghormati,jujur,sayang satu sama lain.tapi...tanpa di duga dalam 7bulan berikut sudah mula nampak keretakan cinta mereka.Rif terlalu sayang kat Ida.Dia sanggup merendahkan egonya,dan menjaga Ida terlalu baik.tapi sebaliknya pada Ida.

            Ida mempunyai ramai kawan di kolejnya khususnya lelaki.Rif tidak kisah berkawan tapi rif tidak suka kalo kawan buat benda yang tak macam gaya seorang kawan.Rif bukan hendak mengongkong Ida tapi dia ingin menjaga Ida sebaik yang mungkin walaupun rif berjauhan dari Ida.Ida mempunyai seorang kawan lelaki bernama Naim di kolej itu.Ida kenalnya dari orentasi lagi.Pada mulanya rif tidak nampak lagi sikap melampau naim tp lama-kelamaan rif perasan naim bersikap pelik dengan Ida.

            Rif cuba memberitahu pada Ida tentang perkara ini.Rif memandang serius hal ini sebab rif takut kehilangan Ida suatu hari nanti.Tapi Ida sering menolak kata-kata rif.Bagi Ida dia hanya berkawan dengan naim tidak lebih pada itu dan apa yang pelik-pelik naim buat mungkin gurauan.Rif cuba menerangkan kepada Ida tapi Ida masih berdegiil dan menafikannya.

            Masa semakin berlalu.Semakin hari semakin menjadi naim.Rif semakin risau.Rif yakin yang naim mempunyai perasaan dengan kekasihnya itu Ida.Rif cuba menjelaskan lagi pada Ida tp Ida sudah bosan dengan rif yang setiap kali berhubung rif akan bercakap tentang perkara itu.Rif sabar dan rif berusaha menyedarkan Ida perkara yang sedang berlaku tapi semuanya akan berakhir dengan pergaduhan.

            Keadaan menjadi semakin tegang.Ida sudah merasa bosan dengan rif.Ida merasakan dirinya seperti dikongkong oleh rif.Rif berasa begitu sedih sekali apabila Ida meminta break off dari rif.Pada mulanya susah rif hendak menerima tapi demi Ida dia turuti kehendak Ida.Rif tidak mempunyai niat hendak mengongkong Ida.Rif bagi Ida berkawan.Rif sanggup turuti apa yang Ida mahu supaya Ida selesa dengan rif.

            Rif sudah masak dengan perangai lelaki.Rif boleh baca gerak-geri Naim itu dan rif percaya yag naim itu mempunyai hati dengan Ida.Memang Ida tidak terimanya tapi hati rif tidak tenang selagi naim berbuat begitu.Rif duduk jauh dari ida dan naim hanya satu kolej saja denagn Ida.

Chapter 9...

            Dua tahun kemudian....
            Kisah ini dilompatkan dua tahun kerana t'lalu panjang hendak distorykan.Rif kini sudah berjaya masuk universiti selepas berjaya di matikulasi.Ati pula masih di matrik yang lain dan Ida pulak di Kolej Perubatan.Rif masih single sehingga kini.Dalam chapter ini akan menceritakan bagaimana Rif bertemu semula dengan wanita idamannya Ida.

            Semasa cuti sem,rif dan kawannya pegi berjalan ke satu town nih.Kawan rif tanya pada rif."rif,takde ke awek-awek yang ko kenal kat town nih.leh ajak keluar sekali.bru layan".Kebetulan rif t'ingat Ida tinggal di town itu.Terus rif cuba mengontact Ida.Tapi malangnya panggilan tak terjawab.So,dorang pun terus berjalan dan pegi tengok wayang tanpa awek.

            Lepas saja tengok wayang,rif terima mesej dari Ida.Ida menyatakan yang dia tadi ada test.Rif malas nak membalas sebab dia dah nak balik dah.Malam itu,Rif tergerak hati menghubungi Ida.Berhubung la mereka kembali.Macam-macam yang di sembangnya tanya khabar,blaja mana,single lagi ke dan banyak lagi la.

            Tanpa disedari Ida sudah mula rasa minat pada rif.Ida nampak kelainan rif berbanding Rif yang dulu.Rif sekarang lebih matang dan berpikiran jauh.Rif yang sudah lama meminati Ida cuba mengayat Ida.Tup..tup.dalam 12hb Disember mereka sudah couple.Rif begitu seronok dengan Ida.Akhirnya rif dapat juga Ida.

            Pada awalnya mereka sangat bahagia.Mungkin mereka selesa antara satu sama lain dan mempunyai kefahaman yang sama.Walaupun mereka belaja berjauhan tapi mereka tetap kuat ikatannya.Rif banyak berubah.Dia sekarang mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar dan memasang impian untuk hidup bersama Ida.

            Begitu indah sekali percintaan mereka.Tidak sangka yang dahulunya hanya memandang dari jauh tapi kini sudah ada di hati.Adakah cinta mereka akan berkekalan???

Chapter 8...


               Masa hanya tinggal beberapa minggu untuk keputusan SPM keluar.Pada masa yang sama ada beberapa rakan batch maktabnya laki dan pompuan menghubungi rif.Tapi kebanyakkannya ingin mengetahui cerita sebenar apa yang berlaku dengan diri rif semasa di maktab dlu.Rif menceritakan dan mereka semua seperti tidak percaya yang perkara ini berlaku pada rif.Mereka berasa simpati pada rif tapi semua dah berlalu.tiada gunanya untuk dipertikaikan.


               Keputusan SPM akan keluar pada keesokan hari.Rif memohon pada Allah agar dia mendapat keputusan yang baik.Batch rif bercadang ingiun mengambil keputusan beramai-ramai.Tapi yang masih terlintas di kepala rif tentang guru-guru di situ.Tambahan lagi jika keputusannya teruk,sure kena kutuk habis-habisan.


               Keesokan harinya di maktab.rif dan rakan-rakannya menunggu keputusan SPM di dewan besar.Keputusan keluar.Hati rif mula berdebar.Rif dihadapan guru kelasnya."Rif.nih keputusan awak.2A1 2A2 3b3 1C.itu la awak.kalau awak tak buat masalah mesti lebih baik".kata cikgunya pada rif.Rif terasa sedey dgn kata-kata gurunya itu.Sedikit kepujian atau kata-kata semangat pun yang dikatakan oleh gurunya itu.Rif hiraukan saja kata-kata yang sudah lali di telinganya itu.


                Rif sebenarnya bersyukur dengan keputusannya itu.Dengan keadaan yang terlalu tertekan dulu dia masih dapat keputusan begitu.Tapi guru-gurunya masih lagi tidak sedar yang rif sudah berubah.Malangnya nasib rif.


                Hidup perlu diteruskan.Kemana arah tuju rif selepas ini.Apa cerita dengan Ati,bagaimana cerita pompuan idaman rif,Ida.Bagaimana kehidupan Rif selepas ini.Adakah akan menimpa nasib yang malang lagi??....

Chapter 7...


            Percubaan SPM pun berlalu.Keputusan rif kurang memberangsangkan.dia hanya dapat 2A 3B dan 2C tapi bg dia itu bukan satu punca untuk dia berputus asa kerana dia rasa sedikit gembira kerana dapat ranking ke-88 dari 130++ atas usahanya sendiri dalam keadaan sebegitu.Dia terus lagi berusaha.


         Sebelum peperiksaan SPM berlangsung,rif pegi ke pejabat untuk memohon restu dan maaf kepada semua guru tapi ada yang ok dan ada yang masih membenci rif.Rif hanya menebalkan muka dan berharap agar guru-guru itu menyedari yang rif sudah berubah tidak seperti yang guru-guru itu pikirkan.


          Akhirnya SPM pun berlalu dan terlepaslah rif dari segala dugaan di maktab itu.Semasa di rumah rif mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM.Dia bekerja menjual barang sekolah.Pada satu hari itu,semasa rif dan seorang rakan kerjanya sedang pulang dari sebuah sekolah, mereka lalu maktab lama rif.Teringin rif untuk menyinggah maktab lamanya yang mempunyai pelbagai memori.


           Rif mengajak rakan kerjanya singgah di maktabnya.Selain ingin berjumpa guru-gurunya mungkin rif dapat menjalankan sedikit bisnes di maktabnya itu.Sesampai saja di kawasan maktab itu dia terus mencari guru-guru dan tidak lupa coachnya.BIla sahaja terjumpa guru-gurunya itu,guru-gurunya terkejut.Tidak tahu lah terkejut sebab apa tapi reaksi muka seperti masih membenci pada rif.Seperti biasa ayat sindiran mesti ada.malu rif pada rakan sekerjanya.Bisnes tak dapat,lepas rindu pun lagi la.Rif terus balik ke tempat kerjanya dengan kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku di maktabnya itu.

Chapter 6...

         Rif seorang pemain ragbi di maktab itu.Coachnya sangat baik dengannya.Di padang ragbi lah tempat rif melepaskan sakit yang terbuku di hatinya.Rif menerjah orang tak putus-putus seolah-olah orang gila.Coachnya sedar dengan apa yang berlaku pada rif.Coachnya menasihatkan agar rif cuba mengawal emosinya.Jangan mencampurkan hal peribadi denagn sukan kerana boleh mendatangkan kecederaan.Kadang-kadang rif bermain bola keranjang seorang diri.


        Bayangkan dekat gelanggang bola keranjang itu berhampiran denagn gelanggang bola tampar yang selalu pompuan main bola tampar.Hanya disebabkan rif bermain dekat situ terus tidak ada7 sapa yang bermain disitu.Siap ada yang datang tapi nampak saja rif terus cancel main.Sabar aja hati rif.Tinggal la rif kesorang disitu.


        Kian hari rif sudah dapat membiasakan dirinya dalam keadaan begitu.Perkara-perkara yang menyakitkan sudah lali dalam diari hidupnya.Caci,hina,sindiran,kutukan semua perkara biasa dalam hidup rif.Bertambah semangat rif sahabat rapatnya selalu disampingnya.Az seorang yang agak pandai dan disukai ramai di maktab itu.Kadang-kadang rif serba salah kerana Az berkawan dengannya kerana takut orang akan memandang serong pada Az.


       Az banyak membantu rif terutama dalam pelajaran.Rif berasa bangga dengan dirinya walaupun belajar dalam keadaan tertekan tapi pelajarannya tetap memberangsangkan.SPM hanya tinggal lagi beberapa bulan.Rif perlu bekerja keras lagi walaupun keadaan maktab masih menekan-nekan rif.

Chapter 5...

         Walupun rif b'pluang sambung blaja di maktab itu lg tp pelbagai dugaan yang perlu dia tempuhi.Ramai cikgu dan pelajar yang tidak suka rif blaja disitu.Akibatnya rif terpaksa tebal telinga blaja di situ dalam keadaan tertekan.Hanya rakan-rakan rif je yang memberi semangat pada rif untuk terus blaja disitu.


         Setiap hari rif sentiasa menjauhkan diri pada orang kerana tidak tahan melihat muka-muka yang membenci dia.Dalam kelas juga cikgu seperti tidak mengendahkan dia.Rif nak keluar ke, atau nak tido ke cikgu-cikgu x ambil tahu pun.


         Bagaikan rif nak tanya soalan pun tak dilayannye.Bila rif berjalan je kat koridor kelas atau pejabat,student-student lain khususnya student pompuan akan menjauhkan diri darinya.Seolah-olah rif ini seorang perogol misteri.


         Rif tidak berputus asa dengan apa yang terjadi pada dirinya.Pada dia ini hanya satu dugaan.Rif kuatkan hatinya untuk terus blaja sendiri biarlah cikgu-cikgunya tidak mahu terimanya sebagai anak muridnya.Lagi menyakitkan hati apabila ati pun masih bersekolah di situ.Ati tidak habis-habis lagi mahu menganggu hidup rif.
       
         Antara ayat-ayat yang menoreh telinga rif :-
- "uhmm,habis la bdk nih ada lagi kat sekolah nih.Entah pompuan mane lagi dia nak pegang".
- "Ehh,itu budak yang masuk aspuri dulu.Lari wei nanti kita pulak yang dirabanya".
- "Pasangan nih ada lagi kat sini.dah kantoi kat sekolah lepas nih apa la plak.jangan kata hotel  pulak la".
- "Rif cuti nanti buat assignment.jangan plak nak berdating je"


         Bila rif teringat balik kata-kata itu.Hatinya sangat-sangat perit.Rasa down gle nak duduki SPM..Ikutkan hati rif mahu sahaja keluar dari maktab sial itu tapi bila teringat mak ayahnya di rumah rif terpaksa tebalkan segalanya untuk teruskan pengajiannya.MALANGNYA NASIB KAU RIF.

Saturday, October 24, 2009

Chapter 4..

Taun 2006 pun dh b'mula..dlm keadaan malu dan xtnteram.rif dlm p'jlanan ke mktb lmenye ngan ibubapanya.Sampai sahaja rif ke maktab, rmai yg t'kjut m'lht rif di mktb 2.Rif dgn pnh rse sgn trs msk2 kan brg2nye ke hostel.

Sedang rif kms2 lokernye, rif dipggl oleh HEP ke pejabat.Rif dlm keadaan pucat trus pegi ke pjbt. Sesmpai je rif, HEP pun m'nyatakn sesuatu prkara yg pntg kat rif. Pada sbnrnye mmg rif telah dibuang mktb tp dokumen n surat hukuman rif itu yg sepatutnye di anta ke HQ M**A disimpan oleh HEP.HEP rse rif xptutnye dbuang krn kslhan bgtu.lgpun HEP kagum ngn rif wlaupun rif sebegitu ttp pljarnnye ttp ok.

HEP m'beritahu rif walaupun rif msih ley blaja di mktb itu tp rif tidk bley mlakukn sbrg mslh.jika b'laku sekali secara mktamadnye rif akn d'sgkirkan.Rif rse sgt t'haru ngn tndkan HEP.rif b'trime ksh ngn HEP n b'jnji tidak akan m'gecewakan HEP.

Selps dr p'kara itu, rif b'azam mau blaja b'sggh2 n xmo m'gecewakn org yg dh m'ghrpkn padanya..

;;
Related Posts with Thumbnails