Thespian's Blog

Thursday, October 29, 2009

Adab belajar mengikut Imam Al-Ghazali...

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda
    penghormatan (ikut jantina )
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan
      keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.


        Banyak tak korang ikut??Sure banyak punya korang.hahaha..aku sendiri rasanya tak ada kot.Lagi-lagi bila kat Universiti nih.Ak pun Tak tahu trend apa kejadah kat Universiti nih.Nilai-nilai menghormati antara student and lecturer tak nampak langsung.Instutusi lain awam ke swasta ke sama saja.

        Adakah faktor umur yang menyebabkan  adab-adab ini hilang.Ak pun tak tahu sebab aku ikut saja trend.HAHAHA..Tapi bila pikir balik mana perginya  adab belajar dekat.Habis terus blah pun lecturer tak kisah.Cakap-cakap dalam kuliah boleh tahan lagi.Nih siap advance lagi.cucuk earphone lam telinga lagi.

        Tak tahu la aku lecturer-lecturer itu robor ke patung.Macam tak ada perasaan saja.Nak kata dorang tak kisah janji duit masuk tak baik pulak.Pendek cerita macam tak kisah saja student buat apa.Rasanya kalo student gayut telefon ke,main tenet ke,terguling ke depan dia mahu tak kisahnya.

        Maybe lecturer dah pikir student dia dah besar kot.Itu la pasal kot.Tapi kalo Aku jadi lecturer buat la.Aku tetap kisah punya.Yela orang mahu ajar,student buat tahi pulak.hahaha..Sudah la.masing-masing pikir la.Yang penting adab mahu ada..

0 comments:

Post a Comment

twaddle>>>

Related Posts with Thumbnails