Thespian's Blog

Wednesday, October 28, 2009

Chapter 7...


            Percubaan SPM pun berlalu.Keputusan rif kurang memberangsangkan.dia hanya dapat 2A 3B dan 2C tapi bg dia itu bukan satu punca untuk dia berputus asa kerana dia rasa sedikit gembira kerana dapat ranking ke-88 dari 130++ atas usahanya sendiri dalam keadaan sebegitu.Dia terus lagi berusaha.


         Sebelum peperiksaan SPM berlangsung,rif pegi ke pejabat untuk memohon restu dan maaf kepada semua guru tapi ada yang ok dan ada yang masih membenci rif.Rif hanya menebalkan muka dan berharap agar guru-guru itu menyedari yang rif sudah berubah tidak seperti yang guru-guru itu pikirkan.


          Akhirnya SPM pun berlalu dan terlepaslah rif dari segala dugaan di maktab itu.Semasa di rumah rif mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM.Dia bekerja menjual barang sekolah.Pada satu hari itu,semasa rif dan seorang rakan kerjanya sedang pulang dari sebuah sekolah, mereka lalu maktab lama rif.Teringin rif untuk menyinggah maktab lamanya yang mempunyai pelbagai memori.


           Rif mengajak rakan kerjanya singgah di maktabnya.Selain ingin berjumpa guru-gurunya mungkin rif dapat menjalankan sedikit bisnes di maktabnya itu.Sesampai saja di kawasan maktab itu dia terus mencari guru-guru dan tidak lupa coachnya.BIla sahaja terjumpa guru-gurunya itu,guru-gurunya terkejut.Tidak tahu lah terkejut sebab apa tapi reaksi muka seperti masih membenci pada rif.Seperti biasa ayat sindiran mesti ada.malu rif pada rakan sekerjanya.Bisnes tak dapat,lepas rindu pun lagi la.Rif terus balik ke tempat kerjanya dengan kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku di maktabnya itu.

0 comments:

Post a Comment

twaddle>>>

Related Posts with Thumbnails