Thespian's Blog

Wednesday, October 28, 2009

Chapter 10...

             Pada awalnya mereka sangat menjaga hubungan mereka.Saling menghormati,jujur,sayang satu sama lain.tapi...tanpa di duga dalam 7bulan berikut sudah mula nampak keretakan cinta mereka.Rif terlalu sayang kat Ida.Dia sanggup merendahkan egonya,dan menjaga Ida terlalu baik.tapi sebaliknya pada Ida.

            Ida mempunyai ramai kawan di kolejnya khususnya lelaki.Rif tidak kisah berkawan tapi rif tidak suka kalo kawan buat benda yang tak macam gaya seorang kawan.Rif bukan hendak mengongkong Ida tapi dia ingin menjaga Ida sebaik yang mungkin walaupun rif berjauhan dari Ida.Ida mempunyai seorang kawan lelaki bernama Naim di kolej itu.Ida kenalnya dari orentasi lagi.Pada mulanya rif tidak nampak lagi sikap melampau naim tp lama-kelamaan rif perasan naim bersikap pelik dengan Ida.

            Rif cuba memberitahu pada Ida tentang perkara ini.Rif memandang serius hal ini sebab rif takut kehilangan Ida suatu hari nanti.Tapi Ida sering menolak kata-kata rif.Bagi Ida dia hanya berkawan dengan naim tidak lebih pada itu dan apa yang pelik-pelik naim buat mungkin gurauan.Rif cuba menerangkan kepada Ida tapi Ida masih berdegiil dan menafikannya.

            Masa semakin berlalu.Semakin hari semakin menjadi naim.Rif semakin risau.Rif yakin yang naim mempunyai perasaan dengan kekasihnya itu Ida.Rif cuba menjelaskan lagi pada Ida tp Ida sudah bosan dengan rif yang setiap kali berhubung rif akan bercakap tentang perkara itu.Rif sabar dan rif berusaha menyedarkan Ida perkara yang sedang berlaku tapi semuanya akan berakhir dengan pergaduhan.

            Keadaan menjadi semakin tegang.Ida sudah merasa bosan dengan rif.Ida merasakan dirinya seperti dikongkong oleh rif.Rif berasa begitu sedih sekali apabila Ida meminta break off dari rif.Pada mulanya susah rif hendak menerima tapi demi Ida dia turuti kehendak Ida.Rif tidak mempunyai niat hendak mengongkong Ida.Rif bagi Ida berkawan.Rif sanggup turuti apa yang Ida mahu supaya Ida selesa dengan rif.

            Rif sudah masak dengan perangai lelaki.Rif boleh baca gerak-geri Naim itu dan rif percaya yag naim itu mempunyai hati dengan Ida.Memang Ida tidak terimanya tapi hati rif tidak tenang selagi naim berbuat begitu.Rif duduk jauh dari ida dan naim hanya satu kolej saja denagn Ida.

0 comments:

Post a Comment

twaddle>>>

Related Posts with Thumbnails