Thespian's Blog

Tuesday, December 1, 2009

Hari nih dalam sejarah..


( gambar dari dalam van kompeni)          

           Percaya tak percaya la kawan..Hari nih aku kena m'ghntar barang ke Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sg. Ladang Timah kat Ulu Dedap.Ala korang bukan tahu pun mane.Buat2 tahu la orite.Ape yang sejarahnya??


            Sekolah nih nama je ada sungai la,ladang la,timah tp nak masuk ke sekolah nih mula-mula kena lalu jalan besar.Of course la kan. Then masuk hutan-hutan sikit.Lepas tue lalu tengah bendang or sawah padi. Lepas tue lagi kasi lalu itu jambatan.kasi lintas sama itu Sg. Perak. Dan cabaran terakhir sekali lalu ladang kelapa sawit yang aku pun xtahu jalan tanah coklat ke or jalan tahi lembu.Busuk gle jalannye.


             Actually sekolah nih sekolah anak-anak Hindu dekat situ.Aku tak dapat bayangkan lah betapa jauhnya mereka nak menapak ke sekolah tue.Boleh la aku bajet dari penempatan terakhir kat sawah tue ke sekolah dalam 15km.


             Siapalah student yang bertuah ke sekolah tue.Mana tak bertuah.Sekolah tue hanya ada 8 guru,2 staf n 4 tukang kebun.Student hanya ada dalam 30 orang sahaja dari tahun 1- tahun 6.Ohh..lupa pulak.guard sekolah takde sebab guard ladang dah ada.hikhikhik..


- satu lagi picture yang sempat aku menekan -


            Nape tukang kebun ramai dari staff??Memang patut la.Keliling ladang kot.Kiri sekolah nih gigi sungai Perak. Besar jugak sekolah nig..hehehe.Tak tahu aku nak pggil sekolah ke atau tempat tuisyen.Uhmmm.Apa-apa pun aku tak sangka dapat jejak tempat BERSEJARAH seperti ini.Yela ingat senang nak jumpe sekolah macamni zaman sekarang..


             

2 comments:

IxoR@ said...

sori bg msg kt sini....

hehehhe...klik watson krismas gift!

Iza said...

Napa x wujudkn cbox, senang sikit kita nk tinggalkn pesan nuff.

Post a Comment

twaddle>>>

Related Posts with Thumbnails